Monthly Archives: November 2014

27/11/2014:Kempen Derma Darah Akan Diadakan Di Tenom

Inisiatif pihak Pasukan RELA dan Persatuan Buddha Tenom untuk mengadakan program bagi mengisi tabung darah Hospital Tenom dialu-alukan. Teruskan membaca

27/11/2014:Pendekatan Konsep Solidariti Perlu Diteruskan

Dalam perkembangan lain, Datuk Musa Aman mahu pendekatan konsep solidariti diteruskan dalam perjuangan Umno dan Barisan Nasional. Teruskan membaca

27/11/2014:Perwakilan UMNO Sabah Sokong Kenyataan PM

Perwakilan Umno Sabah menyokong ketegasan Datuk Seri Najib mempertahankan Akta Hasutan termasuk menghukum mereka yang menghasut mahu membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, usaha akan terus dilakukan bagi mematahkan cubaan membawa keluar Sabah termasuk mempertingkat kerjasama dalam memerangi matlamat berkenaan.
 
Manakala, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS)Tan Sri Joseph Pairin Kitingan memberitahu, pihaknya akan memberi bantuan sewajarnya bagi menghentikan hasutan berkenaan. Bagi Tan Sri Joseph, Sabah sudah sebati dalam negara ini.
 
Dalam pada itu, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah Datuk Teo Chee Kang berkata penambahbaikan ke atas Akta Hasutan berkenaan, akan menjadikannya lebih efektif dalam menangani isu-isu dan masalah yang dihadapi negara.
 
Kesemua pemimpin berkenaan ditemui pemberita RTM selepas ucapan dasar Presiden Umno di Kuala Lumpur. 
 
 
Ends/Donny/Rina
sheryl

27/11/2014: Perkembangan Perbicaraan Pencerobohan Lahad Datu

Perkembangan perbicaraan 30 individu dalam kes pencerobohan di Lahad Datu awal tahun lepas. Teruskan membaca

27/11/2014:APMM Susun Strategi

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyusun strategi untuk mengekang kegiatan penyeludupan yang dijangka meningkat dari perairan luar pantai Labuan ke Sabah dan Sarawak menjelang Krismas. Teruskan membaca

27/11/2014:Akta Hasutan 1948 Dikekalkan

Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas ke dalam akta itu. Teruskan membaca

26/11/2014:SK St Monica Sandakan Diumum Sekolah Terbaik

 Sekolah Kebangsaan Saint Monica Sandakan diumum sebagai sekolah ketiga terbaik di Sabah dan pertama di Sandakan berikutan kejayaannya mengekalkan prestasi cemerlang dalam UPSR tahun ini.

Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan, Sharif Mahada Sharif Attar berkata, sekolah itu mencatat kenaikan sebanyak 2.18 peratus berbanding tahun lalu menjadikannya 94.74 peratus kelulusan tahun ini.
 
Dari segi Gred Purata Sekolah (GPS), sekolah berkenaan berjaya meningkat sebanyak 0.14 peratus menjadikannya 1.65 peratus.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang media Pengumuman Keputusan UPSR 2014 di sekolah tersebut di Sandakan.
 
Tahun ini, seramai seratus 14 murid sekolah itu mengambil peperiksaan UPSR dengan 26 pelajar berjaya memperoleh 5A.
 
        Selain SK Saint Monica, turut mencatat keputusan cemerlang adalah SK Pitas dan SK Kampung Baru dengan peratusan lulus seratus peratus dan GPS masing-masing 1.80 dan 1.87 peratus.
 
End/wan/nizam/cov/Any
sheryl