Monthly Archives: Ogos 2014

31/08/2014: Suili George dan Kumpulan Trio Divo muncul juara Bintang GATA 2014.

Suili George dan Kumpulan Trio Divo muncul juara bagi kategori solo dan kumpulan dalam pertandingan Bintang GATA 2014 yang berlangsung di GATA Square, Sipitang. Masing-masing menerima hadiah wang tunai 2-ribu ringgit, trofi dan sijil.

Teruskan membaca

31/08/2014: Kowloon Rugby Football Club muncul johan.

Pasukan Kowloon Rugby Football Club muncul johan selepas menewaskan pasukan Sabah Eagle dalam perlawanan ragbi edisi kedua Sabah Governor’s Cup. Kejohanan berlangsung di Stadium Universiti Malaysia Sabah.

Teruskan membaca

31/08/2014: KBS Terus Usaha Badan Amal Raleigh International.

Kementerian Belia dan Sukan terus menyokong penuh usaha badan amal Raleigh International dalam menjalankan projek kemasyarakatan dan aktiviti melestari alam sekitar di negeri ini.

Teruskan membaca

31/08/2014: Jabatan Air Negeri Sabah Kekalkan Kejuaraan.

Jabatan Air Negeri Sabah mengekalkan kejuaraan tahun lalu bagi kategori Jabatan Kerajaan tidak berpakaian seragam dalam pertandingan perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-57.

Teruskan membaca

31/08/2014: Tragedi Lahad Datu Dan Insiden Pesawat Mas Landasan Rakyat Untuk Terus Bersatu.

Tragedi berdarah di Lahad Datu dan insiden MH370 serta MH17 yang menguji seluruh rakyat Malaysia perlu dijadikan landasan untuk terus bersatu menghadapi segala cabaran demi meneruskan agenda keamanan negara. Teruskan membaca

31 OGOS 2014: SOROTAN MINGGU INI – MERDEKA

Hari ini, 31 Ogos 2014 genaplah 57 tahun usia kemerdekaan negara kita dan tentunya kita semua tidak mahu ketinggalan untuk merayakannya.

Dengan itu, Sorotan merasakan amat sesuailah bagi kita untuk menjadikan soal-soal berkaitan kemerdekaan sebagai halwa telinga kita untuk kali ini selari dengan pencapaian dan prestasi kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga sekarang. Teruskan membaca

30/08/2014: Dua Sekolah Rendah Di Sabah Terpilih menyertai Pertandingan Patrol Denggi Peringkat Kebangsaan 2014.

Sekolah Kebangsaan (SK) St. Agnes Likas, Kota Kinabalu dan SK Sandau, Lahad Datu telah terpilih menyertai Pertandingan Patrol Denggi Peringkat Kebangsaan 2014.

Teruskan membaca