Monthly Archives: Disember 2015

30/12/2015:Kampung Cenderamata Dua Likas Diiktiraf Kampung Tanpa Sampah Buat Kali Ketiga

Kejayaan Kampung Cenderamata Dua, Likas yang mendapat pengiktirafan kali ketiga sebagai Kampung Tanpa Sampah membuktikan sokongan padu penduduk kampung itu terhadap Kempen Zon Tanpa Sampah yang dilancarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sejak tahun 2008. Teruskan membaca

30/12/2015:TYT Ziarah Pengelola Urusan Istana Yang Menerima Rawatan Di HQE

Yang DiPertua Negeri, Tun Dr. Haji Juhar Datuk Haji Mahirudin berkenan menziarahi Pengelola Urusan Istana, Datu Adek @ Datu Kelong Datu Dani yang kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Satu, Kota Kinabalu. Teruskan membaca

30/12/2015:Sambut Baik Usaha Kementerian Kesihatan Dalam Kuatkuasa Larangan Menghisap Vape

Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan dalam menguatkuasakan larangan menghisap vape atau rokok elektronik di 21-kawasan yang diwartakan, sekiranya ia termasuk di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Teruskan membaca

30/12/2015:Polis Buru Seorang Lagi Suspek Kes Samun Kedai 24 Jam

Polis sedang memburu seorang remaja lelaki yang disyaki terbabit dalam sebuah kes samun Kedai 24 Jam di Api-Api Centre, Kota Kinabalu, AWAL PAGI TADI. Teruskan membaca

30/12/2015:Mayat Ditemui Terapung Di Bawah Rumah Atas Air

Satu mayat ditemui terapung di bawah sebuah rumah atas air di Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu, AWAL PAGI TADI.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra, mangsa dikenali sebagai Zainudin Lee @ Abdullah, 54-tahun, beralamat di Kampung Tanjung Aru Baru. Teruskan membaca

30/12/2015:130 Gempa Bumi Lemah Direkod Sejak Kejadian Gempa Bumi Di Ranau, 5 Jun Lalu

Jabatan Meteorologi merekodkan sebanyak 130-gempa bumi lemah sejak kejadian gempa bumi di Ranau, 5 Jun lalu. Teruskan membaca

29/12/2015:Pulau Bum-Bum Berpotensi Jadi Lokasi Pelancongan Menarik

Pulau Bum-Bum berpotensi menjadi salah satu lagi lokasi menarik untuk dikunjungi para pelancong di Semporna sekiranya dibangunkan dengan pelbagai produk pelancongan. Teruskan membaca