29/3/2017: SKETSA “KERANAMU MALAYSIA” BAWA TUAH KEPADA SMK LIMBANAK, PENAMPANG…

Sketsa bertajuk ” Keranamu Malaysia” membawa tuah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak, Penampang apabila dinobatkan johan Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Pantai Barat Selatan 2017.

Kejayaan itu membolehkan sekolah berkenaan mewakili Bahagian Pantai Barat Selatan ke Pertandingan Peringkat Negeri pada April depan.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Kolej Tingkatan 6 Kota Kinabalu dan SMK Kolombong.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pegawai Pendidikan Daerah Penampang, Mojuntin Ebin.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, program tersebut mampu memperkasakan lagi semangat patriotisme, meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional serta menyemarakkan lagi semangat setiakawan dalam kalangan generasi muda.

Katanya, ini bersesuaian dengan aspirasi kementerian pendidikan bagi melahirkan modal insan berkualiti, yang bakal mewarisi kepimpinan negara.

Sebanyak lima buah sekolah menyertai pertandingan itu yang diadakan di Dewan Sri Malakun, SMK Limbanak.

Ends/DNY

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s