29/3/2017: THAI SMILE AIRWAYS – TINGKATKAN KEMASUKAN PELANCONG THAILAND KE SABAH….

Penerbangan dua kali setiap hari dari Bangkok ke Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu-Bangkok menerusi pesawat Thai Smile Airways yang bermula Ahad lalu, akan meningkatkan lagi jumlah kemasukan pelancong ke kedua-dua wilayah khususnya Sabah.

Timbalan Ketua Pengarah (Promosi), Dato’ Sri Abdul Khani Daud berkata, Sabah mempunyai banyak tarikan pelancongan semulajadi jadi yang menarik dan kepelbagaian budaya yang pastinya akan menggalakkan kehadiran lebih ramai pengunjung Thailand melawat negeri ini.

Pada masa sama, Thailand juga mempunyai produk pelancongan terkenal dan penerbangan baharu itu adalah masa sesuai untuk negara ini melawat Thailand sempena pengisytiharan tahun 2017 sebagai Melawat ASEAN.

Tahun lalu, Malaysia merekodkan 1.78 juta pelancong Thailand. Jumlah itu meningkat sebanyak 32.5 peratus berbanding 2015 iaitu 1.343 juta orang.

Dato’ Sri Abdul Khani Daud berucap dalam jamuan malam dan suai kenal Pelancongan Sabah sempena penerbangan sulung Bangkok-Kota Kinabalu-Bangkok di Kota Kinabalu.

Penerbangan tersebut disertai 22 pengamal media dan ejen pelancongan dari Thailand yang akan dibawa melawat beberapa produk pelancongan di Sabah.

Ends/DNY

Tinggalkan komen