Monthly Archives: Mei 2013

31/05/2013: Semua premis makanan wajib daftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia…

Gesaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan semua premis makanan mendaftar dengan kementerian tersebut sebelum 1 Januari tahun depan disambut baik para pengusaha premis di negeri ini. Teruskan membaca

31/05/2013: Sambutan pelbagai perayaan kaum di negara ini perlu dihayati…

Sambutan pelbagai perayaan kaum di negara ini perlu dihayati ke arah mengukuhkan lagi semangat perpaduan sekaligus menjamin kestabilan, keamanan dan kemakmuran rakyat. Teruskan membaca

31/05/2013: Jalan Penampang – Tambunan yang runtuh awal pagi tadi masih ditutup…

Jalan Penampang – Tambunan yang runtuh awal pagi tadi masih ditutup sementara kepada lalu lintas. Teruskan membaca

31/05/2013: Program Integrasi Komuniti perlu dijadikan perintis kukuhkan perpaduan…

Program Integrasi Komuniti yang diperkenalkan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) perlu dijadikan perintis dalam mengukuhkan jalinan perpaduan antara kaum di negara ini. Teruskan membaca

31/05/2013: Kerajaan Persekutuan perlu menambah dana bagi promosi sektor pelancongan Sabah…

Kerajaan Persekutuan perlu menambah dana bagi mempromosi sektor pelancongan Sabah selain menyediakan kemudahan infrastrukur asas yang lebih baik di negeri ini. Teruskan membaca

31/05/2013: Jadikan PRU13 sebagai landasan untuk mencari pendekatan baharu…

Kemenangan yang diperolehi dalam pilihanraya lalu perlu dijadikan landasan untuk mencari pendekatan baharu seiring peredaran masa dan memenuhi keperluan rakyat. Teruskan membaca

30/5/2013: Pesta Kaamatan Satu Perayaan Nasional Yang Menjadi Medan Perkukuh Perpaduan

Kerajaan negeri meluluskan peruntukan tambahan sejumlah 250-ribu ringgit untuk Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) menjayakan Pesta Kaamatan pada masa depan.

Langkah itu dibuat berikutan perayaan itu amat penting di kalangan rakyat Sabah yang terdiri daripada berbilang kaum.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berucap merasmikan acara pelancaran Sukan Tradisi sempena sambutan Pesta Kaamatan 2013.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata Pesta Kaamatan yang diiktiraf sebagai satu daripada perayaan nasional menjadi medan untuk terus mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan rakyat khususnya di negeri ini.
Justeru, katanya, penganjuran pameran dan sukan tradisi sempena Pesta Kaamatan itu jelas membuktikan komitmen semua pihak untuk terus memartabatkan keunikan dan khazanah tradisi tempatan.

Turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksana dan Kordinasi Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun.

Perayaan yang diadakan di pentas luar perkarangan Hongkod Koisaan di Penampang mengetengahkan kebudayaan hampir semua suku kaum yang ada di negeri ini melalui pelbagai acara kesenian dan tarian tradisional dalam suasana penuh meriah dan harmoni.

Antara keunikan Pesta Kaamatan yang bertemakan ‘Kekalkan Muhibbah dan Persefahaman Melalui Kaamatan’ ialah persembahan Orkestra Bambu yang menampilkan alat muzik tradisional ‘Sompoton’ selain alat muzik tradisional lain seperti ‘Seruling Bambu’, ‘Kulintangan Bambu’, ‘Bungkau’ dan ‘Drum Bambu’.
Alat muzik ‘Sompoton’ kebiasaannya dimainkan pada majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, perayaan-perayaan tradisi dan majlis-majlis rasmi.
Acara kemuncak sambutan ialah Unduk Ngadau atau pertandingan Ratu Cantik Pesta Tuai yang menjadi tarikan utama sambutan perayaan Pesta Kaamatan setiap tahun.

Sambutan itu dirasmikan dengan paluan gong oleh Datuk Musa dan disaksikan Datuk Nazri serta barisan menteri kabinet lain. ESOK, Yang Dipertua Negeri Tun Haji Juhar Bin Mahiruddin dijadual merasmikan majlis penutup pesta itu.

FLA (Farizie/Bernama/cov)

[mdre]