29/3/2017: KKLW PERUNTUK RM60 JUTA PROJEK BEKALAN AIR PULAU TIMBANG, SABAH…

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan sejumlah 60-juta ringgit bagi pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar Pulau Timbang di Sandakan.

Timbalan Menteri KKLW, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, projek bekalan air tersebut yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 akan mula dilaksanakan tahun ini.

Projek Bekalan Air Luar Bandar Pulau Timbang merangkumi beberapa perkampungan yang telah dikenal pasti pihak berkuasa air negeri dan sehingga kini, pelaksanaannya dalam proses lantikan perunding dan juruukur tanah.

Beliau menyatakan demikian dalam Persidangan Dewan Rakyat di ibu negara, hari ini.

Datuk Alexander berkata, kerajaan juga sedang melaksanakan dua projek bekalan air iaitu di Pulau Banggi, Kudat dan Pulau Lihak Lihak di Semporna.

Projek bekalan air di Pulau Banggi memperuntukkan sejumlah 37.73-juta ringgit yang dijangka siap pada Mei tahun ini, manakala projek bekalan air di Pulau Lihak Lihak pula dijangka siap pada Julai tahun ini dengan peruntukan sebanyak 31.79-juta ringgit.

Ends/DNY

Tinggalkan komen