Monthly Archives: Julai 2014

31/07/2014: Arahan perintah berkurung antara langkah pastikan keselamatan terus terjamin.

Tahap keselamatan di Sabah, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah
(ESSZONE) berada dalam keadaan terkawal.
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, arahan
perintah berkurung merupakan antara langkah yang diambil bagi
memastikan keselamatan di daerah-daerah berkenaan terus terjamin. Teruskan membaca

31/07/2014: Upacara memperingati mangsa-mangsa nahas pesawat MH17.

Beberapa pihak terus tampil menunjukkan kesedihan mereka terhadap
nahas yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.

Parti Gerakan Malaysia Sabah melalui pergerakan pemudanya turut
berkongsi kesedihan dengan mengadakan satu upacara ringkas bagi
memperingati mangsa-mangsa nahas pesawat itu di Kota Kinabalu. Teruskan membaca

31/07/2014: Mayat kanak-kanak lelaki yang hilang dalam nahas di Sungai Kakano.

Mayat kanak-kanak lelaki yang hilang dalam nahas di Sungai Kakano,
Batu 9 Jalan Kalabakan-Keningau, Isnin lepas, ditemui pagi tadi.
Pegawai Bomba Daerah Tawau, Khalid Alli berkata, mayat Mohd Ryan
Firdaus berusia 1 tahun 7 bulan, ditemui seorang petani, Johny John di
Loji Air Batu Dua, Kampung Murut Ulu Kalabakan, iaitu kira-kira 14
kilometer dari lokasi kejadian nahas itu. Teruskan membaca

30/07/2014: Polisi kerajaan terhadap diskriminasi wanita bertudung perlu diperketatkan.

Penguatkuasaan polisi kerajaan terhadap diskriminasi wanita bertudung di kalangan majikan di negara ini perlu diperketatkan lagi dalam membela hak dan nasib golongan itu.
Exco Wanita Umno Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan itu penting bagi memastikan polisi kerajaan sedia ada dapat mengekang diskriminasi majikan terhadap wanita bertudung dalam pengambilan bekerja.

Teruskan membaca

30/07/2014: Sabah masih terima jumlah kedatangan pelancong yang tinggi.

Sabah masih menerima jumlah kedatangan pelancong yang tinggi walau pun jumlah pelancong dari beberapa negara seperti China menurun.
 
Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, Sabah menerima peningkatan pelancong sebanyak 20 peratus dari Korea dan Jepun meningkat 23 peratus.

Teruskan membaca

30/07/2014: Susulan Mangsa kebakaran di Kampung Gentisan, Sepanggar.

Mangsa kebakaran di Kampung Gentisan, Sepanggar menerima bantuan daripada pihak kerajaan, agensi bukan kerajaan dan badan-badan amal.
Bantuan yang diberikan termasuk sumbangan berupa keperluan dapur, pakaian terpakai, tilam serta wang tunai.
Sementara itu,  Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung tersebut, Awang Pasih Abdul Kahar berkata, status perkampungan tersebut adalah bukan setinggan. 
Katanya, Kampung Gentisan berdaftar di bawah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan kerajaan negeri.
Kejadian kebakaran pukul 2.30 petang kelmarin itu memusnahkan 25 buah rumah yang melibatkan kira-kira 200 penduduk kampung.
Juliana (Shon/RG/Cov)
~mfja~

 

30/07/2014: PPMCS sasar 5,000 ahlinya sertai Rakan Alam Sekitar.

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) menyasarkan lima ribu ahli pengakap menyertai Rakan Alam Sekitar (RAS) tahun ini.
 
Setakat ini, lebih seribu dua ratus ahli pengakap telah menyertai RAS yang bertujuan membantu Jabatan Alam Sekitar Sabah (JAS) berkempen serta mendidik masyarakat mengenai kepentingan alam sekitar dalam kehidupan seharian.

Teruskan membaca