29/3/2017: DUA WARGA INDONESIA DITAHAN, RAMPAS EMPAT LARAS SENAPANG….

Polis berjaya merampas empat laras senapang buatan sendiri dan sejumlah dadah susulan penahanan dua lelaki warga Indonesia dalam serbuan di sebuah rumah di Ladang Suntai 2 Sabahan, Kunak, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superitenden Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, dalam serbuan pukul 12.30 tengah malam itu, polis menahan dua suspek berusia 24 dan 28 tahun dan menemukan dua laras senapang bakakuk dan dua senapang guli serta 58.89 gram dadah jenis syabu bernilai 4-ribu 500 ringgit.

Bercakap dalam satu kenyataan, beliau berkata, kedua-dua suspek itu disyaki sebagai pengedar dadah di sekitar Ladang Sabahan dan ditakuti semua pekerja ladang ekoran memiliki senapang buatan sendiri.

Dalam perkembangan lain, Superitenden Mohd. Nasaruddin berkata, empat suspek penagih dadah berusia 17 dan 24 tahun ditahan di sebuah rumah di Ladang PJ Sabah pada pukul 1.30 pagi tadi.

Kesemua lelaki tersebut tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis syabu.

Ends/DNY

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s