29/3/2017: SEORANG MAUT, SEORANG CEDERA KERETA DINAIKI TERBABAS…..

Seorang penumpang van maut dalam satu kemalangan yang berlaku di bulatan klias baru, Kilometer 4 Jalan Beaufort-Papar, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, mangsa, Andrew Mustal, 27 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu van, Elson Isos, 22 tahun, mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, DSP Azmir Abd. Razak dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu.

Apabila sampai ke tempat kejadian,  pemandu van tidak menyedari ada bulatan di hadapannya lalu cuba mengelak ke sebelah kiri jalan sebelum van hilang kawalan lalu terjunam ke dalam sebuah logi kumbahan yang masih dalam proses pembinaan, yang mengandungi air sedalam 6 meter.

Pemandu van sempat menyelamatkan diri manakala mangsa yang maut terperangkap dan disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Mayat mangsa telah di bawah ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ends/DNY

Tinggalkan komen