29/3/2017: MPN JADI SALURAN SUARA RAKYAT SEMPORNA …

Lawatan singkat Majlis Profesor Negara (MPN) ke Semporna mampu menjadi saluran penyuaraan kepentingan akar umbi rakyat kepada pihak berwajib serta pucuk pimpinan negara.

Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Ramlee Marahaban berkata, MPN ditubuhkan dengan keanggotaan terdiri daripada ilmuan negara dan penduduk Semporna bertuah diberikan ruang dan peluang bertukar pandangan serta didedahkan idea yang menjana kepada pembangunan modal insan selain infrastruktur.

Katanya, kedatangan MPN bukan sahaja untuk bertemu komuniti malahan memberi khidmat masyarakat termasuk membawa pakar perubatan untuk memberi khidmat saringan perubatan percuma kepada penduduk Semporna.

Beliau berucap dalam majlis penutupan kunjungan MPN di Semporna.

Datuk Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan negeri (ADUN) Bugaya berkata, kesanggupan MPN turun padang juga merupakan bukti kerajaan memberi perhatian dan keutamaan kepada permasalahan penduduk Semporna.

Ends/DNY

Tinggalkan komen