Daily Archives: 13 Mac 2014

13/03/2014: JAKIM Sabah adakan solat hajat…

Usaha menyelamat dan mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang
hilang terus diperkasa pelbagai agensi meliputi semua aspek termasuk
mengadakan solat hajat bagi umat Islam di seluruh negara. Teruskan membaca

13/03/2014: Hentikan spekulasi dan fitnah di media sosial…

Beliawira Persatuan Bekas Tentera Malaysia Sabah menggesa masyarakatberhenti berkongsi berita tidak tepat termasuk berbentuk spekulasi dan juga fitnah berhubung insiden kehilangan penerbangan MH370. Teruskan membaca

13/03/2014: Semua surau dan masjid di seluruh negeri akan melakukan solat hajat selepas solat Jumaat esok…

Dalam pada itu, Datuk Ariffin turut memaklumkan, semua surau dan
masjid di seluruh negeri akan melakukan solat hajat selepas solat
Jumaat esok. Teruskan membaca

13/03/2014: Kesedaran kaum wanita dalam menjalankan ujian saringan mamogram bagi mengesan kanser payudara semakin meningkat…

Presiden Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kinabalu, Lucilla Pang
berkata, ini terbukti apabila aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
mendapat sambutan daripada kaum wanita selain perhatian yang diberikan
menerusi program kaunseling.

Katanya, persatuan itu menawarkan kaunseling bukan sahaja kepada
pengidap kanser payudara, malah turut memberikan maklumat terperinci
dan sokongan moral kepada ahli keluarga.

Beliau ditemui pemberita RTM selepas membuat kunjungan hormat
terhadap Isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Hajah Norlidah Datuk
R.M Jasni di Istana Negeri, Kota Kinabalu.

Kunjungan tersebut bagi melantik Toh Puan Hajah Norlidah sebagai
Penasihat Persatuan Sokongan Kanser Payudara Kinabalu selain menjemput
Toh Puan menghadiri aktiviti sambutan Hari Ibu MEI depan sebagai tanda
sokongan kepada kaum ibu dan pengidap kenser payudara.

Aktiviti tahunan tersebut akan diadakan di Taman Awam Teluk Likas
bermula 6.30 pagi.

Rita/Fa/Cov/Any

~BES~

13/03/2014: 10 finalis bakal berentap dalam Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah Mac ini…

Seramai 10 finalis bakal berentap dalam Anugerah Juara Carta Lagu
Artis Sabah (CLAS) Musim Ke-7 yang berlangsung di Studio TV RTM,
Kompleks Bersepadu KKMM, Kota Kinabalu, 22 Mac ini. Teruskan membaca

13/03/2014: Penduduk gempar sebuah lori tangki keluarkan asap tebal berwarna putih…

Penduduk sekitar Putatan pagi tadi gempar apabila sebuah lori tangki
yang ditinggalkan di bahu jalan berdekatan Stesen Keretapi Putatan
tiba-tiba mengeluarkan asap tebal berwarna putih seperti gas. Teruskan membaca

13/03/2014: Sukan Perahu Layar di Sabah berpotensi untuk maju ke peringkat lebih tinggi…

Komodor atau Presiden Kelab Perahu Layar Kinabalu, Louis Tseu berkata
Sabah mempunyai ramai pelayar muda berbakat besar. Teruskan membaca