10/04/2014:Taman Paragliding Ranau, venue kedua terbaik di dunia dalam sukan Paragliding

Pengiktirafan Taman Paragliding Lohan, Ranau sebagai veneu kedua terbaik di dunia dalam sukan paragliding selepas Turki membuktikan kemampuan Malaysia khususnya Sabah dalam menganjurkan pelbagai sukan lasak bertaraf dunia.

Demikian dinyatakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Menurutnya, ini terbukti menerusi penganjuran Kejohanan 2nd Federation Aeronotique Internationale (F-A-I) Asian Paragliding Accuracy Championship (FAPAC) 2014 yang berlangsung di Ranau Mac lalu.

Ketika ditemui pemberita RTM di Kota Kinabalu, Datuk Masidi berkata, pihak penganjur perlu memanfaatkan serta melangkah jauh ke hadapan dengan mengetengahkan lebih banyak produk serta aktiviti pelancongan baharu bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Ranau untuk menyaksikan sukan luncur udara tersebut.

Seramai 53-peserta dari 8 buah negara menyertai kejohanan tersebut. Antaranya, Thailand, China, Korea Selatan, Jepun, Filipina, Singapura, Slovenia dan tuan rumah Malaysia.

Aktiviti dwi tahunan itu yang julung kalinya diadakan di Taman Paragliding Lohan, Ranau menyaksikan pasukan dari Thailand dinobatkan juara keseluruhan dengan mengungguli 3 kategori utama.

Farizie/HA/Cov/Any

sheryl

Tinggalkan komen