02/03/2015: Sabah Catat Peningkatan 1.14 Peratus Lulus Penuh Dalam STPM 2014

Sabah mencatat peningkatan sebanyak 1.14 peratus lulus penuh peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014, iaitu 97.26 peratus berbanding 96.12 peratus pada tahun 2013.
Seramai 5 ribu 903 atau 97.26 peratus calon tersebut lulus penuh sekurang-kurangnya memperoleh 1 prinsipal, 1P.

Mengumumkan keputusan STPM 2014 bagi negeri Sabah di SMK Takis, Papar, Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip berkata, 144 calon mendapat kelulusan penuh 5P, 4 ribu 186 calon 4P, seribu 447 calon 3P, 807 calon 2P dan 642 calon 1P.

Sementara itu, kualiti gred purata nilai kumulatif GPNK juga meningkat 0.12 mata, iaitu daripada 2.36 mata pada 2013 kepada 2.48 mata pada 2014.

Datuk Jame berkata, 51 buah sekolah mencapai seratus peratus lulus iaitu 27 sekolah di luar bandar dan 24 sekolah di bandar. Antaranya, SMK Takis, Papar, SMK Merotai Besar Tawau, SMK Elopura Dua Sandakan, SMK Putatan, Penampang, SMK Jalan Apas Tawau, SMK Kunak, Sekolah Tinggi Kota Kinabalu dan SM St. Mary, Sandakan.

Mengenai pelajar cemerlang STPM, 16 calon mendapat keputusan cemerlang 4A, dengan dua daripadanya Fong Jian Yip dari SM St. Mary, Sandakan dan Amirah Abidin dari SMK Arshad, Kota Belud.

Mereka berdua merupakan pelajar cemerlang STPM 2014 Peringkat Kebangsaan bagi kategori bandar dan luar bandar.

Maria                                      (Juliana/Cov)

sheryl

Tinggalkan komen