29/3/2014: Pertimbang permintaan golongan muda di negeri ini agar bayaran royalti minyak disemak semula…..

Kerajaan Persekutuan digesa memberi pertimbangan serius terhadap permintaan golongan muda negeri ini agar bayaran royalti minyak kepada Sabah disemak semula dengan segera.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said berkata semakan semula itu perlu dilakukan dan sesuatu yang amat tepat dengan masanya berdasarkan saranan yang disuarakan pelbagai pihak, termasuk para pemimpin Barisan Nasional (BN) di negeri ini agar kadar bayaran royalti minyak kepada Sabah dinaikkan.

Datuk Seri Salleh yang juga speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata beliau percaya majoriti rakyat negeri ini akan menyokong langkah itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan drift di Kota Belud.

Datuk Seri Salleh berkata demikian apabila diminta mengulas saranan sayap pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kelmarin agar kerajaan menimbang menambah bayaran royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak, daripada lima peratus kepada 20 peratus.

Ends/FLA/BERNAMA

Don…

Tinggalkan komen