Daily Archives: 12 Jun 2014

12/06/2014: Unduk Ngadau 2014 akan bertindak sebagai duta promosi budaya dan pelancongan.

Pemenang Unduk Ngadau 2014 akan bertindak sebagai duta mempromosi
kebudayaan serta pelancongan negeri ini khususnya yang melibatkan kaum
Kadazan, Dusun dan Murut.

Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah Joanna
Datuk Kitingan berkata, pelbagai program dianjurkan melibatkan peserta
Unduk Ngadau 2014 sebagai pendedahan kepada mereka terhadap sektor
pelancongan negeri selain mengenali lebih dekat kebudayaan kaum di
negeri ini. Teruskan membaca

12/06/2014: Pelabur luar perlu diberi penerangan berterusan mengenai ESSZone.

Pelabur luar perlu diberi penerangan berterusan mengenai keadaan
keselamatan khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) bagi
memastikan mereka terus bertapak di negeri ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah Datuk Bolkiah Ismail
berkata, perkara itu penting kerana soal keselamatan merupakan faktor
utama untuk menggalakkan mereka terus menanam modal di negeri ini. Teruskan membaca

12/06/2014: OBS Kinarut Papar akan menjadi antara pusat latihan dan aktiviti belia.

Outward Bound School (OBS) Kinarut Papar akan menjadi antara pusat
latihan dan aktiviti belia di bawah kelolaan Kementerian Belia dan
Sukan Sabah.

Menterinya, Datuk Haji Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan berkata,
pemilihan pusat bina semangat itu penting memandangkan lokasi dan
pengisian program yang terdapat di pusat itu menjadi tumpuan
penyertaan dari luar negara. Ini kerana kemudahan dan kawasan pusat
berkenaan masih mengekalkan ekosistem alam semulajadi. Teruskan membaca

12/06/2014: Belia mampu menjadi tonggak dan aset penting sebagai pelapis kepimpinan negara.

Keupayaan dan semangat juang belia mampu menjadi tonggak dan aset
penting sebagai pelapis kepimpinan negara.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, jati
diri unggul, bersemangat dan menjunjung budaya ilmu perlu ada dalam
diri setiap belia selain semangat setiakawan, toleransi dan
hormat-menghormati yang menjadi asas perpaduan dan keharmonian kaum
rakyat negara ini. Teruskan membaca

12/06/2014: Kursus ‘Taxi We Are The Host’ mampu memberi kesedaran terhadap kualiti perkhidmatan.

Kursus ‘Taxi We Are The Host’ anjuran Kementerian Pelancongan
Malaysia mampu memberi kesedaran kepada pemandu teksi di negeri ini
mengenai kualiti perkhidmatan mereka khususnya terhadap pelancong. Teruskan membaca

12/06/2014: Konsert terbuka terbesar Sabah “Sunset Music Fest” edisi ke 8 Jun ini.

Persembahan menarik dan memukau dijanjikan kepada penonton konsert terbuka yang juga terbesar di Sabah iaitu “Sunset Music Fest ” edisi ke-8 yang akan diadakan pada 20 dan 21 JUN INI.
Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Irene Benggon Charuruks berkata acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri itu akan menampilkan persembahan 12 artis termasuk kemunculan kumpulan dari Filipina “Philippine Pop Orchestra” atau lebih popular sebagai “Philpops”.

Teruskan membaca

12/06/2014: Sukan Muaythai semakin mendapat tempat.

Sukan Muaythai atau lebih dikenali sebagai Tomoi kini semakin mendapat tempat di kalangan belia negeri ini.
Justeru, Kejohanan Dihnar D-1 Mount Kinabalu Muaythai Challenge 2014 yang akan berlangsung selama dua hari di Dewan Masyarakat Ranau bermula 14 Jun ini merupakan platform tepat dalam menyerlahkan lagi bakat-bakat baharu dalam sukan seni bela diri tempur itu untuk dibawa hingga ke peringkat antarabangsa.

Teruskan membaca