Daily Archives: 24 Jun 2014

24/06/2014:Jangan Jadi “Yes Man atau Pak Turut”

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mengingatkan pengurusan tertinggi badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar tidak menjadi ‘Yes Man’ atau Pak Turut, sebaliknya bersikap agresif dengan berbahas secara bernas sebelum membuat sebarang keputusan. Langkah itu selaras perubahan arus semasa yang memerlukan komitmen mereka membangunkan ekonomi negeri ke tahap lebih baik. Teruskan membaca

24/06/2014:Golongan Muda Perlu Diberi Banyak Pendedahan Mengenai Pemuliharaan Hutan

Pemuliharaan hutan terutama di kawasan dilindungi merupakan elemen penting dalam menjana industri eko-pelancongan, serta sumber kehidupan masyarakat setempat. Teruskan membaca

24/06/2014:Semua Permasalahan Dikaji dan Diselesaikan Demi Memenuhi Keperluan Rakyat

Kerajaan Negeri menggunakan pendekatan berasaskan keperluan dalam menambah baik dan meningkatkan taraf hidup rakyat, termasuk pembasmian isu-isu kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar. Pendekatan itu membolehkan semua permasalahan dikaji, seterusnya diselesaikan demi memenuhi keperluan rakyat. Teruskan membaca

24/06/2014:Semak Dan Kemaskini Permohonan Untuk Dapat Bantuan Kebajikan Secara Berterusan

Semua penerima bantuan kebajikan diingatkan agar menyemak dan mengemaskini permohonan untuk mendapat bantuan berterusan. Teruskan membaca

24/06/2014:Kastam Sabah Lumpuhkan Pengedaran Dan Penyeludupan Dadah

Kastam Sabah berjaya melumpuhkan pengedaran dan penyeludupan dadah dengan tertangkapnya seorang wanita warga China dengan dadah jenis Methamphetamine seberat lebih kurang 4-ribu 883-gram. Teruskan membaca

24/06/2014:Borang Permohonan Lesen Bazar Ramadan Mula Dikeluarkan

Borang permohonan lesen menjaja bagi Bazar Ramadan tahun ini mula dikeluarkan. Ia melibatkan tapak Bazar Ramadan di Lintasan Deasoka, Pekan Sembulan, Pasar Malam Menggatal, Kingfisher, Pasar Malam Pekan Telipok, Pasar Tani Putera Jaya dan Teluk Likas. Teruskan membaca

24/06/2014:JPJ Sedia Sertai Kempen Operasi Anjuran Polis Trafik

Tidak ada keperluan bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan operasi khas untuk menahan atau menangkap pesalah trafik seperti yang dilaksanakan polis trafik. Teruskan membaca