23/08/2014: 925 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Gasak 26.

Sejumlah 925 orang dipercayaipendatangasingtanpaizin (PATI)
ditahan dalam Op Gasak 26 yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan
Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di Kampung Air Lahad Datu.

Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata, daripada jumlah
itu, 243 adalah lelaki dewasa, 331 wanita dewasa, 164 kanak-kanak
lelaki dan 187 kanak-kanak perempuan. Kebanyakan mereka tidak
mempunyai dokumen pengenalan yang sah atau memiliki dokumen yang
meragukan
Kesemua mereka dibawa ke Dewan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu untuk
tapisan dan pengesahan dokumentasi pihak Jabatan Imigresen.
Beliau ditemui pemberita selepas meninjau Op Gasak 26 termasuk
operasi meroboh rumah setinggan di kampung berkenaan.
Menurut Datuk Abdul Rashid, dalam operasi yang bermula 2.30 pagi dan
berakhir sekitar 10 pagi tadi itu, pihaknya mengenal pasti 400 rumah
setinggan di perkampungan air itu yang bakal diroboh. Operasi itu
merupakan yang terbesar pernah dibuat selepas penstrukturan semula
ESSCom yang berkuat kuasa 15 Julai lepas.
Penstrukturan semula itu menyaksikan pewujudan dua komponen utama
iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan
tindakan awam.

Juliana                                             (JB/Brn)

~mfja~

Tinggalkan komen