19/03/2015:Pindaan Akta Akan Dibentang Seawal Oktober Ini

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dibentang di Dewan Rakyat seawal Oktober ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pindaan akta itu merupakan satu daripada langkah strategik yang komprehensif bagi menangani jenayah siber secara holistik dan mapan.
Katanya langkah pencegahan, penguatkuasaan, penambahbaikan serta pengemaskinian peraturan dan undang-undang sedia ada diharap mampu membendung perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Beliau menyatakan demikian semasa menjawab pertanyaan Datuk Bung Moktar Radin dalam sesi soal jawab di Persidangan Dewan Rakyat.
Datuk Bung sebelum itu bertanyakan mengenai rancangan kerajaan dalam mengawal penggunaan media sosial agar dapat membendung salah laku serta sejauh mana kesungguhan menghukum pesalah laku media sosial di negara ini.
Ends/Donny (Bern/Donny)
sheryl

Tinggalkan komen