23/03/2015:Datuk Peter Kekal Presiden KDM Malaysia

Jawatan Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDM Malaysia), kekal disandang oleh Datuk Peter Anthony yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali Ke-5.

Seorang lagi calon menang tanpa bertanding iaitu bekas Naib Presiden 2, Datuk Juil Nuantim yang kini menyandang jawatan Timbalan Presiden. 

Jawatan Naib Presiden 1 turut kekal disandang oleh Ahuar Rasam diikuti Naib Presiden 2, Michael P Ubu dan muka baru bagi jawatan Naib Presiden 3 iaitu Mudi Dubing. 

Kesemua AJK Pimpinan terbaharu KDM Malaysia ini akan  memegang jawatan masing-masing bagi tempoh 2015 – 2017 selepas pindaan diluluskan bagi memanjangkan tempoh jawatan mereka.

Dalam sidang media, Datuk Peter berkata KDM Malaysia kini semakin disambut baik masyarakat KDM apabila menerima permohonan dari beberapa bahagian seperti Kudat dan Tuaran untuk menganggotai pertubuhan ini.

 
ear/ag/cov-an
sheryl

Tinggalkan komen