18/06/2013: Pencerobohan Lahad Datu tidak ada kaitan dengan tuntutan ‘Sultan Sulu’ …

Pencerobohan Lahad Datu tidak ada kaitan dengan tuntutan ‘Sultan Sulu’ ia adalah tindakan pengganas yang cuba mengganggu gugat keselamatan negara khususnya di negeri Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, kerajaan tidak akan membenarkan walau seincipun tanahnya dituntut oleh ‘Sultan Sulu III atau mana-mana pihak.Oleh itu tidak benar bahawa ‘Sultan Sulu III berhak menuntut negeri Sabah.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan ADUN Klias, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin pada persidangan DUN di Likas Kota Kinabalu.

Katanya, pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai tentera diraja kesultanan Sulu telah dikesan menceroboh Lahad Datu pada 9 Februari 2013, dan dalang pencerobohan itu ialah Datu Agbi Matdin Datu Kiram dan Jamalulail Kiram serta penglibatan warga Malaysia yang masih dalam siasatan polis.

Datuk Musa berkata, bagi menjamin keselamatan wilayah yang terlibat kerajaan telah mengistiharkan kawasan pantai timur sabah sebagai kawasan keselamatan khas atau dikenali ESSCOM dan meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan berkenaan.

Antara aspek utama yg dipertanggungjawab kepada esscom ialah untuk meningkatkan kawalan keselamatan terutama di kawasan perairan pantai timur sabah disamping meningkatkan kemampuan risikan di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, 10 buah daerah telah diwartakan sebagai zon keselamatan pantai timur sabah (esszone) yang merangkumi kudat, kota marudu, beluran, sandakan, kinabatangan, lahad datu, kunak, semporna dan tawau.

Ends/donny/farizie/tika/cover-Radik

~mfja~

Tinggalkan komen