29/3/2014: JAKIM Sabah bersama Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah berusaha perkasa ilmu Islam di Sabah…..

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah bersama Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) akan terus berusaha memperkasakan ilmu Islam di negeri ini.

Ia dilakukan menerusi kerjasama kerajaan negeri dan persekutuan yang memberikan bantuan penyediaan prasarana, infrastruktur dan kurikulum.

Demikian menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif ketika merasmikan Konvokesyen Ke-12 Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah di Keningau.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM, Haji Awang Khalid Mat Ali berkata, dalam usaha memperkasakan pensyarah IPDAS, JAKIM akan bekerjasama dengan Universiti Malaya bagi menyediakan latihan yang komprehensif untuk para pelatih IPDAS. JAKIM juga menyediakan tenaga pengajar luar dan profesional untuk membimbing para pelatih IPDAS.

Seramai 198-pelajar menerima Sijil Pengajian Islam dan dakwah masing-masing dalam konvokesyen tersebut.

Sempena majlis berkenaan, Persatuan Alumni IPDAS turut dilancarkan yang kini mempunyai lebih lima ribu ahli terdiri penggerak dakwah Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) dan penyelaras agama.

FLA/Juliana (Hacks/Nor/Halim/Cov)

Don…

Tinggalkan komen