29/3/2014: ANGKASA kenalpasti tujuh kluster peluang pelaburan baharu….

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) mengenal pasti tujuh kluster peluang pelaburan baharu yang berpotensi untuk diteroka termasuk sektor penerbangan bagi membangunkan perniagaan koperasi di negara ini.

Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata projek baharu dalam bidang pengangkutan udara itu antara intipati yang akan dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Tahunan pada 31 Mei depan bagi melihat potensinya secara lebih menyeluruh.

Sebagai permulaan, pihaknya akan melihat kepada potensi sewaan ‘penerbangan carter’ dengan mendapat tawaran sebuah syarikat dari Arab Saudi yang berminat untuk bekerjasama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Angkasa peringkat negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Datuk Abdul Fattah berkata ANGKASA juga akan meningkatkan perniagaan itu dengan mempromosikan pelancongan umrah dan ziarah berikutan terdapat 40 buah koperasi yang terlibat dalam bidang itu selain permintaan tinggi masyarakat seluruh dunia termasuk anggota koperasi untuk melancong ke luar negara.

Ends/FLA/BERNAMA

Don…

Tinggalkan komen