29/3/2014: Pejabat Kementerian pelancongan dan Kebudayaan Malaysia alu-alukan penglibatan individu jadi sukarelawan pelancongan ….

Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Sabah mengalu-alukan penglibatan individu untuk menjadi sukarelawan pelancongan.

Pengarahnya Donald Gomez berkata, kementeriannya menyediakan 5 aktiviti di bawah Sukarelawan Pelancongan yang juga merupakan strategi lautan biru negara (NBOS).

Antara aktiviti tersebut, Hijau 1Malaysia, Bersih 1Malaysia, Perkongsian Pengalaman Sukarela, Acara 1Malaysia, serta Budaya dan Warisan 1Malaysia.

Beliau bercakap kepada pemberita RTM sempena program strategi lautan biru negara (NBOS), di bawah aktiviti Tutor Sukarelawan bersama Pertubuhan Orang-orang Pekak Sabah di Kota Kinabalu.

Jelasnya, program seumpama merupakan strategi kerajaan untuk menyemarakkan lagi penglibatan belia menyertai khidmat sukarelawan dalam sektor pelancongan.

Ends/FLA (Rita/Ay/Cov)

Don…

Tinggalkan komen