30/06/2014:RTM Komited Laksana Program Tanggungjawab Sosial Korporat Bersama Komuniti Setempat

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) komited melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporatnya bersama komuniti setempat menerusi Program Jelajah Ramadan RTM 2014 yang memasuki tahun ke-3 penganjuran.

Menurut Pengarah Bahagian Program Radio, Dr. Nawiyah Che Lah program 29 hari itu akan diceriakan dengan penampilan ikon-ikon RTM radio dan TV.
Turut diketengahkan aktiviti baharu iaitu Kuiz Jelajah Ramadan dengan tawaran hadiah utama berupa pakej menunaikan umrah untuk dua orang.
Dr. Nawiyah ditemui pemberita sempena perasmian Program Jelajah Ramadan 2014 di  Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Kota Kinabalu.
Terdahulu diadakan Program Mendadih yang dihadiri Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Kerja Raya, Hadi Awang Kasim mewakili Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Program Mendadih anjuran RTM bersama Pejabat UMNO Parlimen Papar, Beras Corporation Sendirian Berhad (BERNAS) dan Swakaya Sendirian Berhad ini melibatkan hampir 600 kakitangan RTM serta beberapa agensi lain.
Sebanyak 2-ribu kelupis bersama kuah kacang dan rendang akan diagih-agihkan kepada surau-surau, masjid serta rumah kebajikan berhampiran kompleks KKMM, Kota Kinabalu.
Farizie/Cov-an
sheryl

Tinggalkan komen