21/02/2013: Penubuhan e-Desa rapatkan jurang digital.

Program e-Desa yang diperkenal kerajaan sejak 2005 berupaya merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli, Datuk Jahid Jahim berkata, Pusat e-Desa memberi peluang kepada penduduk menikmati kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan lebih baik dan selesa.

Kemudahan pusat seumpama itu juga mampu membantu kerajaan meningkatkan kadar penembusan internet yang kini mencatat 56 peratus di Sabah.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita RTM selepas merasmikan Pusat e-Desa di Pusat e-Desa Topokon, Tamparuli.

Setakat ini, terdapat 21 pusat e-Desa di seluruh negeri dengan 6 pusat lagi sedang dalam pembinaan dan dijangka siap penghujung tahun ini.

(16)Rtka/Rtka (FA/COV)                                                  ¬mfja¬

Tinggalkan komen